Rabu, 15 Desember 2010

Pelajaran 2: Mengalami Kasih dan Pengampunan Tuhan

Apabila seseorang pemandu memotong kereta anda, kawan sekelas menghina anda, pasangan hidup anda terlupa untuk memberi tumpang kepada anda--semua ini hanya perkara remeh. Tapi tiba-tiba anda menjerit dan menyumpah, tidak dapat dikawal. Atau, anda mendapati anda digoda oleh tindakan dan sikap lain, seperti gosip atau perasaan marah dan kecewa, yang mengalihkan tumpuan anda daripada Tuhan.

Perkataan "dosa" bermakna tidak mencapai sasaran atau taraf. Apabila kita buat sesuatu sesuka hati dan bukan apa yang Tuhan kehendaki, kita berdosa. Bila tabiat dan sikap lama mula terasa, jangan kecewa. Anda masih anak Tuhan. Tetapi dosa mengganggu hubungan rapat dan komunikasi anda dengan Tuhan. Dosa menghalang kita daripada mengalami kasih-Nya.

Kita semua berbuat dosa walau pun kita orang Kristian. Itulah sebabnya kita memerlukan pengampunan Tuhan setiap hari.

1. Dasar untuk kasih dan pengampunan Tuhan

"Sebab juga Kristus telah mati sekali untuk segala dosa kita, Dia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Dia membawa kita kepada Tuhan; Dia, yang telah dibunuh dalam keadaan-Nya sebagai manusia, tetapi yang telah dibangkitkan menurut Roh, ..." (1 Petrus 3:18).

Apabila Yesus mati untuk kita, dia memungkinkan kita ada suatu hubungan dengan Tuhan. Kematiannya juga mengizinkan kita menuntut pengampunan Tuhan setiap hari.

"Anda juga, meskipun dahulu mati kerana dosamu dan oleh kerana tidak disunat secara lahiriah, telah dihidupkan Tuhan bersama-sama dengan Dia, sesudah Dia mengampunkan segala dosa kita, dengan menghapuskan rekod yang mengandungi semua perkara yang kita dituduh. Dan itu dimusnahkan-Nya dengan memakukannya pada kayu salib" (Kolose 2:13,14).

Apabila petikan ini ditulis, perkataan "rekod" merujuk kepada satu senarai jenayah yang seseorang banduan dijatuhkan hukuman. Senarai ini dipakukan ke pintu penjara. Sebaik saja hukuman penjara telah dijalani sepenuhnya, banduan itu boleh mengunakan rekod yang dibatalkan itu sebagai bukti bahawa dia tidak boleh dihukum kerana jenayah-jenayah itu sekali lagi.

Begitu juga, apabila kita mempercayai bahawa Yesus telah membayar hutang dosa kita, kita tidak akan dihukum sekali lagi selama-lamanya. Kita memperolehi pengampunan penuh daripada Tuhan.

"Tidak dilakukan-Nya kepada kita setimpal dengan dosa kita, dan tidak dibalas-Nya kepada kita setimpal dengan kesalahan kita, tetapi setinggi langit di atas bumi, demikian besar kasih setia-Nya atas orang-orang yang takut akan Dia; sejauh timur dari barat, demikian dijauhkan-Nya daripada kita dosa kita" (Mazmur 103:10-12).

a) Menurut ayat ini, apakah yang Tuhan telah lakukan untuk dosa anda?

b) Yesus telah mati untuk berapa banyak daripada dosa-dosa anda?

c) Bila Yesus mati di kayu salib untuk anda 2,000 tahun dahulu, berapakah daripada dosa-dosa anda adalah dilakukan pada masa depan? (jawapan di bawah)

2. Mengalami kasih dan pengampunan Tuhan setiap hari

Walau pun anda diampunkan sepenuhnya, anda masih perlu mengakui dosa yang dilakukan sehari-harian supaya kekal menikmati hubungan rapat dengan Tuhan.

Pengakuan--Setuju dengan Tuhan tentang Dosa

"Jika kita mengaku dosa kita, maka Dia adalah setia dan adil, sehingga Dia akan mengampunkan segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan" (1 Yohanes 1:9).

Apabila Tuhan mengingati kita tentang sesuatu dosa dalam hidup anda, akuilah dosa itu. Pengakuan bermakna

Bersetuju dengan Tuhan bahawa anda telah berbuat dosa.

Mengucap syukur kepada Tuhan kerana Dia telahpun mengampukan anda.

Mempercayai Tuhan untuk mengubahkan sikap-sikap dan tindakan yang salah.

Berpatah balik kepada Tuhan dan jauhkan daripada dosa anda, dan bukan merasa bersalah. Pertaubatan ini mengizinkan anda untuk mengalami kasih dan pengampunan Tuhan. Tindakan ini memulihkan hubungan rapat antara anda dengan Dia.


Bagaimana Mempraktikkannya

Sekarang juga, atau malam ini sebelum anda tidur:

Minta Tuhan memperlihatkan sebarang dosa dalam hidup anda.

Dengan penuh jujur, senaraikan semuanya di atas sekeping kertas: ini hanya antara anda dengan Tuhan.

Selepas selesaikannya, tulis di atas kertas janji 1 Yohanes 1:9

Mengucap syukur kepada Tuhan kerana menyediakan pengampunan melalui kematian Yesus di atas kayu salib.

Koyakkan senarai itu dan buangkannya.

a) Berapa kerap anda perlu mengakui dosa kepada Tuhan?

b) Bilakah anda harus mengakui sesuatu dosa?
(jawapan di bawah)

Mengalami Hasilnya

"Dosaku keberitahukan kepada-Mu dan kesalahanku tidaklah kusembunyikan; aku berkata: 'Aku akan mengaku kepada Tuhan dosa-dosaku,' dan Engkau mengampuni kesalahan kerana dosaku" (Mazmur 32:5).

Bagaimana jika anda masih merasa bersalah selepas anda mengakui dosa anda?

Percayalah pada Firman Tuhan, Alkitab, yang mengatakan ada diampunkan. Jangan bergantung pada perasaan anda.

Jika anda tidak mengakui dosa, anda barulah harus merasa bersalah.

Berdasarkan apa yang dijelaskan tadi tentang perasaan bersalah dan pengampunan, bagaimanakah anda ingin menyelesaikan ayat ini? Apabila saya telah mengakui semua dosa saya, saya ...


Cadangan-cadangan untuk Pertumbuhan Selanjutnya

Cuba meluangkan masa seorang diri selama 15 minit setiap hari untuk mengenali Tuhan lebih mendalam melalui pembacaan Alkitab dan doa. Di sini ada beberapa cadangan:

1. Jika anda masih tidak memiliki sebuah Alkitab, dapatkan satu (rujuk pelajaran 1). Sementara itu, mulai membaca Injil Yohanes.

2. Baca cerita Yesus tentang pemuda yang melarikan diri dan menghabiskan harta warisannya (Lukas 15:11-32). Apakah cerita ini mengambarkan tentang hubungan kita dengan Tuhan, pengampunan, dan persekutuan dengan-Nya?

3. Baca Galatia 5:16-23. Perhatikan bagaimana membiarkan Tuhan bekerja dalam hidup anda boleh membawa perubahan. Ketika anda menyedari bahawa terdapat sesuatu aspek dalam hidup anda yang tidak menyenangkan Tuhan, atasinya mengikut 1 Yohanes 1:9 dan nikmatilah semula hubungan intim dengan-Nya.

Kesimpulan

Dengan sentiasa mengakui dosa-dosa kita kepada Tuhan dan mempercayai pengampunan-Nya, kita boleh mengalami kasih dan hubungan rapat dengan-Nya setiap hari.

Mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan sumber kuasa Tuhan, iaitu Roh Kudus dalam Pelajaran 3: Kuasa untuk Menjalani Hidup Kristian yang Dinamik.

Jawapan:
1a) Tuhan telah mengampunkan dosa anda. b) Semua. c) Semua.
2a) Hanya sekali. b) Sebaik saja anda menyedari itulah dosa.

a) Apakah yang Tuhan telah lakukan terhadap dosa-dosa anda menurut ayat diatas?
b) Sejauh mana Allah mati untuk dosa-dosa anda?
c) Apa perbezaan dalam hidup harian anda setelah mengetahui bahawa anda sudah diampuni?
2. Anda akan mengalami kasih dan pengampunan Allah setiap hari. Akan tetapi walaupun anda telah diampuni sepenuhnya, anda masih perlu menyelesaikan dosa anda setiap hari untuk tetap memiliki persekutuan dengan Allah secara berterusan. 1 Yohanes 1 : 9 mengatakan, “ Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan.”
Pengakuan—bersetuju dengan Allah tentang dosa. Apabila Allah menunjukkan kepada anda bahawa anda telah melakukan dosa, akuinya. Pengakuan dosa melibatkan sekurang-kurangnya 3 faktor : 1. Bersetuju dengan Allah bahawa anda telah berdosa. 2. Berterima kasih kepada Allah bahawa Dia telah mengampuni anda. 3. Mempercayai Allah untuk mengubah sikap dan tindakan anda yang salah. Kembali kepada Allah dan jauhkan diri dari dosa. (pertaubatan), anda akan mengalami kasih dan pengampunan-Nya yang disediakan melalui kematian Kristus di atas salib. Sebagai ganti rasa bersalah dan didakwa, sekarang anda boleh mengetahui bahawa persekutuan anda dengan Allah telah dipulihkan.
Pengakuan—melaksanakannya. Sekarang ini atau malam ini sebelum anda tidur; 1. Minta Allah mendedahkan apa sahaja dosa dalam hidup anda. 2. Senaraikannya di atas sekeping kertas. Selesaikan dengan sejujur-jujurnya; ini hanya di antara anda dengan Allah. 3. Selepas menyelesaikan senarai anda, tuliskan di atasnya janji yang terdapat dalam 1 Yohanes 1 : 9 ( tulis di atas). 4. Berterima kasih kepada Allah atas pengampunan-Nya yang telah disediakan untuk anda melalui apa yang Kristus telah lakukan di atas salib. 5. Koyak dan buang senarai tersebut.
a) Berapa kerap anda perlu mengakui dosa kepada Allah?
b) Bila anda perlu mengakui dosa?
Pengakuan-- menikmati hasilnya. “ Dosaku kuberitahukan kepada-Mu dan kesalahanku tidaklah kusembunyikan; aku berkata: Aku akan mengaku kepada Tuhan pelanggaran-pelanggaranku,” dan Engkau mengampuni kesalahan kerana dosaku. ( Mazmur 32 : 5 )”….Sejauh timur dari barat, demikian dijauhkan-Nya dari pada kita pelanggaran kita.” ( Mazmur 103 : 12 )
3. Kristus memberikan anda hidup yang kekal. “ Dan inilah kesaksian itu: Allah telah mengaruniakan hidup yang kekal kepada kita dan hidup itu ada di dalam Anak-Nya. Barangsiapa memiliki Anak, ia memiliki hidup; barangsiapa tidak memiliki Anak, ia tidak memiliki hidup. Semuanya itu kutuliskan kepada kamu, supaya kamu yang percaya kepada nama Anak Allah, tahu bahawa kamu memiliki hidup yang kekal. “ ( 1 Yohanes 5 : 11 – 13 )
a) Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda masih merasa bersalah selepas anda mengakui dosa-dosa anda?
b) Apa yang dikatakan oleh petikan ini mengenai bersalah dan penyucian?
c) Dari segi apa yang telah kita perhatikan mengenai kesalahan dan pengampunan, bagaimanakah anda menyelesaikan pernyataan ini? Apabila saya mengakui semua dosa saya, saya…….

mengenal kristus

Pelajaran 1: Memahami Hubungan Anda dengan Yesus Kristus

Dengan ikhlasnya menjemput Yesus memasuki hidup anda adalah suatu tindakan sederhana yang menjadikan hubungan anda dengan Tuhan terjamin. Anda telah memulai suatu perjalanan hidup bersama Tuhan yang maha kasih dan maha kuasa.

Jadi apakah telah berlaku bila anda menjemput Yesus ke dalam hidup anda?

1. Dia mengampunkan dosa anda.

"Sebab di dalam Dia dan oleh darah-Nya kita beroleh penebusan, iaitu pengampunan dosa, menurut kekayaan kasih karunia-Nya." (Efesus 1:7--anda akan mendapat ayat ini dalam kitab Efesus, Perjanjian Baru, fasal 1, ayat 7).

Semua dosa anda--dahulu, sekarang dan akan datang--telah diampunkan kerana kematian Yesus di atas salib.

Adakah apa-apa bezanya mengetahui bahawa semua dosa anda telah diampunkan?

2. Dia menjadikan anda seorang anak Tuhan.

"Tetapi semua orang yang menerima-Nya diber-Nya kuasa supaya menjadi anak-anak Tuhan, iaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya; orang-orang yang diperanakkan bukan dari darah atau dari daging, bukan pula secara jasmani oleh keinginan seorang laki-laki, melainkan dari Tuhan" (Yohanes 1:12,13).

Apakah yang anda telah lakukan untuk menjadi seorang anak Tuhan?
(jawapan di bawah)

3. Dia memasuki hidup anda dan tidak akan meninggalkan anda selama-lamanya.

(Yesus berkata) "Dan ketahuilah, Aku menyertai anda sentiasa sampai kepada akhir zaman" (Matius 28:20).

(Yesus berkata) "Semua yang diberikan Bapa kepada-Ku akan datang kepada-Ku, dan barangsiapa datang kepada-Ku, dia tidak akan Ku-tolak" (Yohanes 6:37).

a) Adakah sesuatu yang mungkin menyebabkan Yesus meninggalkan anda?

b) Menurut ayat Yohanes 6:37, berapa kali anda harus menerima Yesus?
(jawapan di bawah)

4. Dia memberikan anda hidup baru.

"Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, dia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang!" (2 Korintus 5:17).

Anda berpeluang untuk memulakan hidup rohani yang baru. Tuhan akan membina sifat-sifat baru dalam hidup anda ketika anda mengenali-Nya lebih mendalam.

5. Dia memberikan anda hidup kekal.

"Dan inilah kesaksian itu: Tuhan telah memberikan hidup kekal kepada kita dan hidup itu ada di dalam Anak-Nya. Barangsiapa memiliki Anak, dia memiliki hidup; barangsiapa tidak memiliki Anak, dia tidak memiliki hidup. Semuanya itu kutuliskan kepada anda, supaya anda yang percaya pada nama Anak Tuhan tahu bahawa anda memiliki hidup kekal" (1 Yohanes 5:11- 13).

Hidup kekal bermula bagi anda dari saat anda menjadi seorang Kristian. Saat itulah Tuhan menjadi sebahagian daripada hidup anda selama-lamanya. Jika anda meninggal dunia malam ini, anda akan bersama Dia selama-lamanya.

Semua manfaat ini hanya mungkin melalui Yesus Kristus, bukan usaha diri sendiri. Anda menerimanya pada saat anda mempercayai Dia.

a) Yang manakah daripada lima kebenaran ini yang paling bererti bagi anda sekarang?

b) Mengapa?

Mengatasi keraguan

Selepas anda membuat sesuatu keputusan, keraguan biasanya akan muncul. Esok, anda mungkin "merasa" anda bukan seorang Kristian.

Walaupun begitu, anda harus ingat bahawa banyak hal mempengaruhi perasaan anda--kawan, kesihatan, cuaca dan lain-lain lagi. Jangan gunakan emosi, yang mungkin berubah, untuk mengukur hubungan anda dengan Yesus. Sebaliknya, percayailah pada Tuhan dan kebenaran-kebenaran di dalam Alkitab yang tidak berubah.

Cadangan untuk Pertumbuhan Lanjutan

Sepanjang minggu ini, renungkan salah satu daripada lima kebenaran yang anda baca tadi setiap hari. Baca ayat-ayat yang disertai dan mengucap syukur kepada Tuhan untuk setiap kebenaran ini.

Jika anda belum memiliki sebuah Alkitab, anda boleh membeli di kedai buku Kristian. Beritahulah seseorang bahawa anda telah menjalin hubungan dengan Yesus.

Kesimpulan

Kerana anda telah menerima Yesus, hubungan anda dengan Tuhan adalah terjamin. Anda anak-Nya. Dia mengampunkan dosa-dosa anda dan memberikan anda hidup yang baru dan kekal. Dia tidak akan meninggalkan anda selama-lamanya. Bila anda ragu-ragu tentang keputusan anda, bersandarlah pada kebenaran ini dan lain-lain lagi di dalam Alkitab, dan bukan pada perasaan anda.

Apakah akan berlaku bila anda menghadapi kesusahan dan terjatuh ketika anda berusaha untuk menjalani kehidupan Kristian? Jawapannya dalam Pelajaran 2: Mengalami Kasih dan Pengampunan Tuhan.

Jawapan:
2) Anda menerima Yesus dan meletakkan iman pada Dia.
3a) Tidak. b) Hanya sekali.

1. Kristus mengampuni dosa-dosa anda. “Kristus mengorbankan diri-Nya untuk melepaskan kita, yang bermaksud bahawa dosa kita telah diampuni. Kristus melakukankannya kerana Allah sangat baik kepada kita.” (Efesus 1:7 CEV). Pada waktu anda mempercayai Kristus untuk pengampunan dosa anda, semua dosa anda telah diampuni..yang lalu, sekarang dan akan datang.
Apakah perbezaan yang anda fikirkan dengan mengetahui bahawa semua dosa anda telah diampuni?